KEM MOTIVASI PELAJAR ONLINE SPM 2020

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG
KEM MOTIVASI PELAJAR SPM 2020 SECARA ONLINE bakal menyuntik semangat anak-anak kita secara online. Terbuka kepada Pelajar SPM 2020 yang menduduki peperiksaan pada tahun ini disebabkan oleh pandemik Covid-19.
"YAKIN JAK KAU"
Bila diadakan?
Tarikh: 30 Januari 2021 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Platform: ZOOM
SPM 2020 DI DALAM TAHUN 2021
Seperti yang kita sedia maklum, anak-anak pelajar SPM bakal menduduki SPM 2020 pada tahun ini 2021. Lain macam kan? SPM 2020 tapi diduduki pada tahun 2021. Semuanya ketentuanNya. Covid 19 juga memberikan kesan kepada kehidupan anak-anak kita.
Ada yang mengatakan seperti hilang semangat. Momentum yang terbina suatu ketika dahulu terasa seperti longgar. Ada yang beranggapan bahawa menduduki SPM kali ini hanya setakat ingin lepas sahaja. Mana pergi semangat juang itu?
Kem Motivasi Pelajar Online SPM 2020 ini ibarat penyuntik semangat dan mentenagakan semula motivasi untuk berjaya. Sertai program ini. Kita berusaha. Jangan terlalu awal memutuskan sebuah kekecewaan terhadap sebuah perjalanan yang bersinar.
SIAPA PENCERAMAHNYA NI?
Jom sertai Kem Motivasi Pelajar SPM 2020 secara Online bersama Pak Boi atau nama sebenarnya Norhasdi Bin Hassan. Terkenal dengan taglinenya "YAKIN JAK KAU". Beliau merupakan motivator terkenal di Sabah. Suaranya seringkali kedengaran di corong-corong radio dalam siaran Refleksi di Sabah FM. Beliau juga menjadi tetamu jemputan dalam Rancangan TV1 Kami Bah ini. Pengalaman dalam bidang ceramah sejak tahun 1994 lagi.
Kenangan menjadi tetamu Kami Bah Ini TV1 pada 1 Jan 2018
Gambar: Ketika menjadi tetamu Rancangan Kami Bah Ini di TV 1 pada 28 Disember 2020
Antara program yang pernah dikendalikan secara online
Penceramah utama Program iJuara anjuran Yayasan Pelajaran MARA di MRSM Kota Kinabalu (Calon SPM 2020)
Bersama pelajar-pelajar SPM Sek Men Sains Sabah (Calon SPM 2020)
Pengisian Program
1. Rahsia Minda Juara
2. Prinsip Meningkatkan Aura Positif Diri
3. Terapi Minda
4. Meningkatkan fokus dan momentum kejayaan
4. Pembinaan Impian (Vision Board)
5. Pengukuhan azam kejayaan
BONUS: DIY PELAN TINDAKAN PELAJAR GEMILANG
Program dijalankan secara santai agar mudah diterima peserta.
YURAN PENYERTAAN:
RM 10.00 SAHAJA SEORANG
(PERGGGHHHH..... BERBALOI)
DAFTAR SEGERA